Sunday, 22 November 2015

MANILA-BORACAY (DAY-1)

Sebulan dah berlalu, baru lah aku nk update percutian haritu. Ingatan pun dah pudar-pudar. Tapi fikirkan nk buat blog...cekal kan hati. Dan dgn blog ni jugakla aku dapat abadikan kenangan aku kat sana. Hampir setahun gak perancangan pecutian Manila-Boracay 7 hari ni.Alhamdulilah seagalanya selamat pergi dan pulang walaupun ada beberapa plan yang tak terlaksana.huhu. Konsep percutian aku macam biasalah. Honeymoon traveller dgn baget yang sederhana tetapi enjoy.

Aku byk refer kt blog dan youtube. Suka tgk video gopro yang mat saleh buat. Simple tp enjoy tgk video dorg. Dan ada yg awesome. Bila dah berkenan tu aku pon berminat jugak nk buat benda yang sama, cuma maslahnya baget utk beli gopro tu...demm..tipis. Tapi aku tak berputus asa. Xdapat gorpo aku beli SJ4000. Itu pun yang fake punya. Beli kat Lazada je.Murah..dpt diskaun..dan yang paling best aku order biasa je. Tapi bila sampai amik ko...dpt jenis WIFI der. Seronok bukan kemain.

Harga asal RM175. Pakai coupon android dapat less RM30. Mka dapatla RM145. COD lagi dan free delivery. Hua3.


DAY 1 MANILA 8 OCTOBER 2015

2.30am- Make sure tutop semua dapur dan elektrik rumah dan pastikan 100% SECURE. hehe. Lame toh seminggu aku g. Record terbaru aku selama honeymoon traveller ni.hehe.
Cupp...Bosan lak cte during on the way ni. Mesti yang baca pon boring.kah3.Ok bye.

10.++am-Dalam kapal terbang dah makan, pastu tdo dan lepastu terjaga. Menikmati keindahan alam.
Kat sini aku sertakan gambar dan video utk tatapan. Ini pertama kali aku tgk awan dalan keadaan gini. Namanye awan turbulence kot. Pilot tu pusing 2 round area awan tu. Aku pon shootla video sekali. Wife aku nyenyak nyer tido.


11.++am-Sampai dah Manila. Mabuhay. Kami turun di Ninoy Aquino Airport Terminal 3. Sampai je apa lagi. Shoot video ala2 gopro(mat salleh) la. Macam kat youtube tu.Hehe.

Dah sattle semua, ikot perancangan macam nk beli simcard. Dah kat depan kaunter tu tak jadi beli pulak. Malas lak. Aku nk bercuti. Bukannya nk bersosial media pon. huhu. Lepastu aku ngn wife pon keluar la dari airport mencari teksi. 1 hal, sebenarnya aku tak habis study pasal teksi manila ni. Sebab terlalu banyak info. Orang kata klu xpernah g Manila ni amik teksi Airport yg putih tu. Cuz kita akan bayar siap2 mengikut destnisasi. Tetapi bayaran nya mahal. Kalau yang warna kuning ni pulak orang kata kemungkinan orang akan amik kesempatan. Tapi murah. Sebab dia guna meter. Kita akan bayar bila sampai mengikut jarak destinasi.

Mula2 tanya lah teksi putih ni berapa nak ke ermita. Dia bukak harga 1500peso. Woi..?? Hampir RM150. Giler mahal. Ok. Bargain dia bagi last 750peso. **aku anggarkan 100 peso tu RM10 je. senang je nak ingat walaupon nilainya sebenarnya lg rendah. Pada masa yg sama dapat berjimat.
Lepastu kteorg terus decide nak guna teksi kuning je lar. Lagi pon tgk ramai yang guna teksi kuning tu. Mat salleh pon same2 beratur. Tapi mmg panjang jugak la beratur. Never mine hope fully murah.

Jeng3..masa naik teksi. Bagi tahu jalan dan alamat dan driver taxi tu tau la kerja dia. Damm. Jem pulok tghri2 buta ni. Mata aku meliar je. Lgi dekat 500 lg aku juling. Sebab dalam blog kata rate harga teksi dalam RM30-40 jer. Dh nampak front river makin dekat. Meter dah 850? RM85??
Bila dah sampai hotel aku pon amik baggage dulud turunkan. **beware JGN BAYAR SELAGI XTURUNKAN BEG!!!". Meter aku jeling dah 925. Nampak kecewa. Sekali bila bayar tanya just 525peso. Aik? Macam mana dorg kira ni? Xkshla janji murah dari td.Hehe. Aku xde 25 peso so aku bg 50 peso. Dia xde balance. Dah agak, tips la ni. Amik la pakcik. Setakat RM2 xkshla aku.

Dah tu aku pon check in. Di Malina ni aku amik hotel Mabini Mansion terletak kat Mabini Street kawasan Ermita. Kenapa aku amik area ni? Sebab dekat dengan kawasan monument(sejarah), Manila Ocean Park dan jugak restoran Halal. Mabini Mansion Hotel ni berkonsepkan home apartment sebab ada dapur untuk masak. Aku fikir Manila ni susah cari makan, tapi bila dah kt Manila ada je Halal.
Hotel ni agak classic sikit sebab boleh kata ni hotel tertua kat area Ermita ni. So jgn high expectation ye kat hotel  ni. Lgipon aku pon mcm tertipu jugak, gambo dalam Agoda lawa je bila dah masuk keadaan dinding dia mcm bangunan lama. Huhu.

 Ni gambar kt lobi. Wifi hanya di lobi hotel sahaja. So sad. Lobi dia mcm hotel 3* jugakla. Hehe.
**Gambar ihsan google-xheran amik gambar hotel :-p


 Ni gambar kt bilik. Lawa je. Bila dapat indah kabo dari rupa. Dorang macam xnk upgrade. At least cat baru ke, tukar cabinet ke. Ni mmg old school. Huhu
**Gambar ihsan google-xheran amik gambar hotel :-p

 Ni gambar kt lua hotel. Kelah ko jah. Haha. Best depan ni dah jumpa 7E. Aku kalu g mane2 suka kalau hotel dekat dengan 7E atau kedai runcit. Aku suka beli jajan dengan air botol.heee..
**Gambar ihsan google-xheran amik gambar hotel :-p
 Gambar ikhlas dari tlephone ak.Area dapur.
Sorry. Lupe nk snap time kemas. 

Bila dah check in. Aku pon makan bekalan aku dulu yang dibawa khas dari Malaysia. Hehe.Lepas tu tidoooo..Mula plan nk g area Rizal Park/National Museum harini. Tapi boleh lak terlajak tido. Punya penat punya pasal. Bangun-bangun dah kol6.30. Huhh. Xdpe2 boleh buat dah. So,kteorg pon cari kedai makan. Aku dah list kan Restoran apa yang kteorg nak try by day. Untuk harini kteorg nak try Restoran Dulang. 
Ni yang aku refer google map dan point location untuk senang aku ke sana.

Ni pandangan dari luar restoran.

Restoran ni masakan dia lebih kurang masakan Malaysia jer. Selesa pon selesa. Ada air con. Aku ngan wife pon melantak bukan kemain. Masa makan kat sna tak ramai. Mungkin makan dah lewat kot. Lusanya aku makan kt sini tengahari ramai gila. Boleh kata penuh. Orang tempatan Islam pon makan kt sini. Masa ni ada lauk tinggal Ayam masak kicap. 

Tapi best, masa aku ngn wife sampai betul2 baru masak. So dpt lauk panas lagi. Cara sini, air kosong free jer. Sup pon free. Tapi sup dorang xsedap la. Ada serbuk hijau. Ape ntah. NO TEH ICE, KOPI ICE or AIR BANCUH2 OK.hehe. Air dalam botol dan tin je dia jual.

Dah selesai melantak aku pon balik hotel je. Malam di Ermita xhidup. Maksudnya macam sepi je. Kedai semua tutup. 7E je bukak. Masa balik singgah jap di 7E borong jajan. hehe..Pagi tadi lupe nk ckp mcm jakon sikit jumpe jeepney. Maklumlah xpernah jumpa. So malm tu amik gmbo curi2 jepney depan 7E. Alang2 menyeluk pekasam.




Ok. Sambung next entry yer.....






No comments:

Post a Comment