Tuesday 8 September 2015

MISI MENGAPA AKU SUKA TRAVEL?

Kalau kita lihat mat salleh suka sangat travel ke sana dan ke sini. Apa tujuam mereka sebenarnya?
Hobi? Atau mereka hendak mengelilingi dunia? Yes. Mereka kebanyakan suka mengelilingi dunia. Kalau kita lihat mat salleh ni kalau bercuti bukan setakat 3-4 hari je.Malah berminggu dan hingga tahap berbulan. Tak tahula apa kerja dorang ni. Masyuk sangat diorg ni. Tapi kalau dorg ke asia x heran sangatlah cuz mata wang dorg value lagi tinggi dari mata wang asia.
Dan lebih mudah kalau diorg ni bercuti style backpackers. Kerana cara ni dapat super duper jimat.

Aku?
Aku dan wife sebagai honeymoon traveller?
Kalau ikotkan aku, akunya travel selalu makan belanja agak tinggi cuz kena support 2 org. Yela, aku dan wife aku. Hehe. Tapi aku akan cuba mengurangkan kos sebanyak mungkin tetapi cuba berbagaikan aktiviti dan lawatan sesebuah tempat atau negara tersebut.

Motif dan Visi aku?
Aku akan cuba tawan atau pergi ke tempat yang tergolong "7 MIRACLE" iaitu 7 keajaiban dunia. Aku bukanlah bercuti untuk menunjuk-nunjuk atau rase nikmat mewah. IDOK sama sekali. Tujuan aku travel pon hanyalah nk merasa suasana sesuatu tempat tu. Termasukla budaya, makanan dorg dan jugak sosial dorg.

Dan aku akan abadi itu semua dalam gambar. Dan aku suka mengambil apa sahaja gambar yang aku rasakan ianya menarik dan menjadikan kenanganku. Walaupun ia sekadar perminta sedekah. Sekadar contoh. Hehehe.

So far sekarang aku dah sampai 2 tempat yang boleh dikatakan salah satu keajaiban dunia iaitu:-
a) Great wall of China, Beijing
b) Candi Borubudur


Target aku untuk 2-3 tahun ni aku nak ke
a) Taj Mahal, India
b) Pyramid Egyp




Sampai ke tidak, follow up la blog ni dari semasa ke semasa. Tapi untuk masa dan waktu terdekat ni aku cuba explore asia sehabisnya. Untuk Asia Tenggara ni just tinggal Laos je kot. Thailand, Indonesia, Vietname, Cambodia, China, Taiwan, Philipine aku dah tapaw.

Ok c ya next.....