5.00am- Pagi-pagi dah bangun. Kat tingkap pon dh nmpak matahari nak naik. Awal betol pagi nya. Maklumla Subuh kat Manila ni pukul 4.45am gitu. Kena la bangun awal. Dah bangun tu aku dan wife pon siapkan sarapan sendiri. #baget.hehe. Dah tu lepak je smpai tertido. Amek cuti ape asyik tido je.Kah3.
8.00am-Tadaaaa...Siap2 untuk ke jelajah Rizal Park area. Dari hotel nak ke Rizal Park dekat jer. Dalam 5 minit berjalan kaki. Dekat depan area Rizal Park terlalu ramai manusia yang sedang mencari kerja. Sangat pelik. Dorg punya vacation offer macam jual barang je. offer kat tepi kaki lima jalan. Oleh kerana aku dan wife pon muka Asian, jalan buat macam negara sendiri je. Point pertama aku g ke Rizal monumen. Rizal ni boleh kata ala2 Tok Janggut la. Kira pahlawan mase dahulu. On detail aku tak baca sangat sejarah dia. Leka amik gambo je.Hehe.
Belakang tu la Rizal monument.
Kat kawasan Rizal Park ni ramai student. Banyak aku tengok dorg ni menari. Dorg ni rata-rata memang suka menari kot. Sana-sini aku tgk budak2 menari. Ada jugak gelandangan. Dan ada juga services mengambil gambar. Sorry Pak Cik. Saya pon ada DLSR. So xperlulah khidmat pakcik. Hehe. Dalam hati jerk. Xde pon aku cakap depan2 pakcik ni.
Sebelah ni ada National Museum. Lawa jugak bangunan dia. Bangunan ala2 Rome gitu sebab dia guna tiang besar2. Dari belakang nampak lah cenggini:
Dah puas bergambar kat Rizal monument ni aku pon berhasrat la ke National Museum ni. So berjalan kaki lagila a.k.a exercise menuju entrance Nation Museum ni. Dah sampai jer. Dammm!!! Xbukak lagi. Time ni kol 9 setengah. Dia buka kol 10.30 kalau tak silap. Depan tu pon ada muzium tapi tak ingat nama dia. Tanya reception tu pon dia kata tutup lagi. Aku xle nak tunggu. Sebab nanti kol11 aku nk kena sembahyang Jumaat. Xle nk lewat. Aku pulak xsuka kelam kabut. Aku suka buat sesuatu dengan rileks dan tenang. So, kteorg pon balik jla ke hotel sambil jalan-jalan di sekitar.
Gambar poyo posing sendiri..snap sendiri...kah3.
Tengah jalan-jalan tu tiba2 haus. Ternampak pulak Buko Juice ni kat kedai2 kecik tepi jalan. Xpayahla tanya Buko juice tu ape. Dah terang-terang gambar Kelapa kan. Dh tentulah air kelapa muda. Regenya dalam 200peso. Boleh la. Tapi rase tawo je. Xdla manis dan xdla rase kelapa sangat. Isi kelapa pon sikit.
Sebelom tu jumpa orchid farm. Tengok lua macam menarik jer. Tapi bila tgk kaunter ticket tu. Alamak. Tgk bunga pon kena bayo. So, lupekanlah. Semata2 bayo untuk tengok bunga. Bukan favourite aku pon. Xminat la. So angkat kaki jalan tu. Mase dalam perjalanan tu, kt depan jalan besar banyak tgk jeepney lalu. Menarik lak tgk jeepney ni. So, ape lagi. Setting SJCAM amikla selfie gambo. Hehe. Nila hasilnya. Dapat snap 3 ekor jeepney.
10.15am-Sampai hotel sekali lagi aku siapkan diri untuk sembahyang jumaat. Wife aku tinggalkan kat hotel. Dia pon leka la dpt wifi free tu. Rasenye ni 1st aku solat jumaat di luar negara. Huhu. Zuhur sini pon awal dalam kol 11.15 macam tu. Yang aku g ni bukan lah masjid sangat sebab dia kat shop lot je. Tu pun kt tgkat atas. Bila masuk masjid tu terasa macam kat Malaysia je.Ada yang berjubah, bertshirt. Tapi bila tang kutbah adeh. Xpaham.Huhu.Cuma ada sesetengah perkataan tu lebih kurang sama macam bahasa kita je. Macam maut. Apa yang aku paham khutbah tu dia cerita pasal sakaratul maut.
Sampai awal. Beginilah sekitar dalam masjid/surau untuk sembahyang Jumaat.
Selesai solat, masa utk lunch pulak. Sebelum lunch kena la jemput puan isteri dari hotel. Untuk hari ke2 ni aku pilih Restoran Gayyah. Lokasinya sangat dekat masjid yang aku g tadi dan lebih dekat kalau compare dengan Restauran Dulang. Cuma makanan dia agak mahal sikit. Sebab konsep restauran ni masakan malaysia-indonesia-arabic. Tapi ada je set baget. Wifi pon free. Tapi aku lebih suka makan kat Dulang.
Gambaran luaran restauran.
**Ihsan google.Xsempat nk snap pic restoran.
Pandangan dalam restoran.
**Ihsan google.Xsempat nk snap pic restoran.
Kat bahagian depan kedai Gayyah, ada kedai runcit arab. Ada lah jual daging dengan
rempah ratus import dari Arab.
**Ihsan google.Xsempat nk snap pic restoran.
3.++pm- Dah kenyang-kenyang masa untuk berjalan. Mase odw tu aku singgah kedai meat shop jap terletak kat bahagian bawah masjid tadi.
Atas bangunan tu la masjid dia.
Tapi tak beli daging pon. Aku hanya beli ayam je. Dan dia xkira kilo. Dia jual kira sekor. So aku beli separuh ekor je. Saje aku ngn wife nak masak2 kt hotel. Sattle semua aku teruskan iltenary aku ke Intramuros. Tapi sebelom tu aku singgah hotel jap nk hantar ayam. Tak kan lah aku nk berjalan bawak ayam ni. Hahaha.
Nak ke Intramuros ni as per planning, jalan kaki je. Menapak dari hotel ke sana. Nk ke sana dalam 15-20 minit je. Sini klu naik trycycile sangat2 tidak digalakkan. Selalunya scam.Huhu. Masa tu dalam kol4. Jalan pon dah start sesak. Ramai berpusu-pusu balik ke rumah. Budak sekolah pon ramai berpusu-pusu.
On the way tu, lalu jugak area Rizal Park. Nampak ramai warga kota bersantai kat taman-taman. Meriah tengok.
Post ala2 muka terkejot.huu
Kat Rizal Park ni macam-macam ada. Gambar atas tu globe ape ntah aku pon xtau. Tapi lawa. Penuh dengan bunga-bunga cinta. Ewah. Padahal wife aku yang beriye amik gambo.Hehe.
Ade jugak chinese garden. Tapi tak masuk. Taman ala2 kat negara China je. Pastu ade audioterium. Dalam tu ade pentas. Malam nanti ada konsert pree lagi wey. Ok.Cup. Teruskan perjalanan lagi.
Muka kanak2 riang.Hua3.
Welcome Intramuros. Dash dush krupus pepesto...*merapu meraban. Dah sampai dah. Intramuros ni sebenarnya macam kota kecil je. Dalam tu penuh dengan bangunan sejarah. Lebih2 lagi gereja. Huhu. Kalau tak silap macam ada 1 pintu je masuk. Dah nampak pintu gerbang ni, seronok bukan kemain. Mana xnya..kaki macam nk tercabot. Tgk google map, skjap je rase. Bila dah berjalan, lama beno rasanya.
Masuk je area ni, ramai yang offer khidmat trycyle atau beca la. Oleh kerana takot scam, still berjalan kaki. Pastu alasan kata, saya nk jelajah seluruh kawasan ni. Kalau naik beca kang leceh.Huhu. Maka teruskan perjalanan.
Lupa nak cerita. Nampak tak tiang dan sign kat gambar atas ni? Tu sebenarnya macam bus stop. Dalam ni diorg sediakn transport awam ke setiap destinasi dengan percuma. Dia ala2 mini van. Tapi open air punya la. Dan yang aku bengangkannya, ramai orang depa jerk. Sepatot dah nmpak pelancong lua, amikla. Ni dorg bagi kat pompuan yang gedik2 tu. Geram aku. Selain tu, option lain boleh naik kuda. Berapa ongkos aku tak tau. Hehe.
Ni lah minatang yang pree..tapi malangnya aku tidak kesampaian.Huhu.
Asal nampak bangunan yang unik sikit aku snap...snap..dan menyenek..haha
Tengah2 jalan2 tu, ternampak la ada museum ni. Pe lagi. Masuk la.Mengharapkan kot2 ada air-con ker kan. Hehe. Sini masuk berbayo..berapa..?Aku tak ingat. Tapi cik wife biasala, kalau dengar ade fee..xnkla..membazirla..ape la...tp dengan niat aku nak tahu budaya orang, aku masuk gak. i don't care. My money.Hahaha. Lepas tu nak bagitau ni, dalam ni xle amik gambar. So, aku pon xde gambar. Gambar kat lua pon jadila.
Dh cukup bergambo.Kaki pon dh lenguh, jam pon macam dh nk lewat petang, aku ngn wife pon mencari jalan yang pulang.
On the way balik ni, singgah jap satu tempat ni. Nama dia, errrrmmm..benteng Intramuros kot. Haha. Sebab nampak macam benteng. Tapi view mmg superb lawa. Bawah tu padang golf. Pastu dari jauh nampak bangunan-bangunan metropoliton Manila.
Aku ngn wife lepak sni agak lma sikit. Saje tgk2 telatah budak Manila. Dorg kat sni aku tengok suka menari. Merata-rata aku tengok dorg menari dalam berkumpulan. Sambil tu yang membuatkan lagi lama kteorg berborak dengan sorg guard kawasan ni. Dia pon fasih speaking. Dia ceritalah, kt tmpat ni biasanya kol7 dah tutop. Dan tak ada siapa yang dibenarkan masuk. Dan biasanya ada je remaja2/couple2 yang datang untuk buat projeck.Mcam haram. Dan macam2 cerita lagilah. Dan paling kelakar, dia bgtau "You see that guy?Just finished" Sekali aku tengok, betol2 ada sorang laki ni tengah pakai seluar. Dengan berbaju sekolahnya. Teruk mmg teruk. Budak bandar katakan.
Hari pon makin gelap, mmg galok aku ngn bini aku borak ngn guard tu. Cmne lah nk selit nk ckp nk balik ni. Payah betul. Sekali xthan, aku balik gak. Dengan berbekalkan sepasang kaki, berjalan kaki lah menuju pulang. On the way tu, singgah lalu kat area taman Rizal Park. Pergghhh....Meriah..!!! Macam kat Dataran Shah Alam. Ramai orang lepak. Berfamily pon ramai. Masing-masing bawak anak-anak. Tgk air pancut bewarna-warni mengikut music. Sangat meriah. Lepak lagi aku kat sini.
Air pancut bewarna-warni ikot irama.
Masa kat taman ni, terdengar macam ade orang menyanyi. Macam konsert. Dengar2 suara tu dari Audioturium yang aku g pagi tadi. Sekali konsert betol da. Wife pon ajak layan la. Pe lg. Tgk penyanyi mcm ala2 Ziana Zain. Tapi sepatah haram aku tak faham.
Ni la konsertnya.
Dah lama tu, rase macam penat baru la balik ke hotel. Itu pon dah kol9. Penat sungguh hari tu. Malam tu kami xmakan lua, balik hotel masak dan makan dalam bilik je.
Ok. Sambung Next Entry ye:-