Tuesday 1 November 2016

COLOR FULL OF INDIA (DELHI-DAY 1)

Alhamdulilah setelah hampir lebih sebulan baru rasa nak menaip dan menceritakan segala perjalanan di India....

Sekali lagi honeymoontraveller menghoneymoonkan diri pergi bercuti. Dan buat julung kalinya kami menaiki AirAsiaX. Alamak...baru nak merasa. Hehe. Maklumlah, percutian kami ni bukannya mewah...sekadar mampu bercuti membawa isteri tersayang. Kali ni percutian kami akan cover lebih kurang 4 Daerah iaitu Delhi - Agra - Jaipur - Manali selama 10hari. Macam mana kami merancang perjalan ini telah tercatit di :>>

Ok. Pada 14 September 2016 bermula lah perjalanan. Fligh kami jam pukul 7. Aiseh..tang2 mangrib lak dia nk flight. Ermm..no choice. Flight KUL-DEL hanya 1x/Day jer. So, mmg tak ada pilihan. Pagi tu ak dah cuti, dah prepare. Wife pulak still kerja. Maklumlah...cuti tak banyak. Hahaha...


Aku sangat teruja bila nak naik AirAsiaX ni. Ye lar, orang kata lebih luas. Tapi hakikatnya...same jer. Memang la Plane ni besor dan luas. Luas sbb dia besar je. Ujuran kerusi kaki same je. Entertainment pon xde. Haish. Tapi xpe...aku dah prepare siap2 dalam USB OTG ada movie. Kalau boring2 mmg layan movie la. Tapi xsempat layan pon...tidooqqq...hahaha.


India lewat 2 jam dari Malaysia. So, sampai sana dalam jam 10 lebih. Airport dia not bad besar. Pengurusan pon bagus..ada buggy semua. Tang imigresen biasala. Paling menyampah. Paling tak suka beratur panjang, dan 1lg menghadap muka imegresen yang poyo tak hingat. Lebih kurang sejam lebih jugakla proses imigresen. Memang slow gila.

Gambar wajib diambik mase turun ke kaunter imegresen. Tangan tu yang simbolik tu...hehe...Namasteee...

Dah scan..dah cop semua...masa amik baggage lak. Sementara tu g toilet jap. Nak kucil sebab lama sangat dalam fligh tu. Lepas je buang lebihan air dalam badan..tiba..."tissue sir" sambil menghulurkan tisu dan mengangkat tangkat buat ala2 namaste. Ok.Teruja jap, Rasa macam bannga..poyo la.Hahaha. Baru teringat..di India pelancong sangat2 di sanjung. Then shift lak dgn wife. Turn dia masuk toilet. Kuar toilet pon cerita yang sama diceritakan. Hahaha. Tapi tang wife aku dorg mintak tips. Aku tak ada pulak. Hahaha.

Nampak tak? Aiport bukan main beso...kaunter sikit je. Tapi boleh la sebab smpai pon malam. Kalau pagi xtau lah cmne ramainye.huhu.

Satle semua...berlalu lah menuju ke luar. Ternampak Aircel sign. Biasalah simcard. Try tanya sbb mmg plan nk amik. Sekali rege 1000IDR lebih kurang RM6+.++. Pulak, macam mahal jer. Sebab baca blog dorg kata murah je. So cancel.Beli kat luar. Jejak je kaki ke luar..mata pon meliar je cari driver aku..huuurrrmmm..cari....dan cari...dan cari...Aik. Xde pon nama aku. Nama agent aku pon xde pon? Sudah. Ok.Patient dan patient. XJumpa pulak. Padahal dah cakap sales agent petang tadi suruh standby sbb nk call susah. Ok. Dengan cool ak nk masuk balik dalam airport nk beli simcard utk call.
Tiba-tiba melangkah...ha...jumpa pon nama aku. Yahoo..lega di hati.

Aku pon follow driver aku ni. Jauh pulak menapak dari airport ke parking kereta. Bila nmpak kereta klasik India tu rasa teruja yang tak tergambar katanya. Sambil tu aku singgah jap air. Sambil2 tu mata aku meleret jugak tgk makanan2 yang ada. Boleh tahan, rasanya tak ada masalah kalau makan kot. Sebab semua vege. Tak jumpa perkataan Pork. Biala vege dari aku terjumpa perkataan "PORK" uweekkksss. Tadaaaa....driver dtg dgn kereta TATA nyer. Comey je kereta TATA ni. Nampak kecik, but dalam selesa jugak la. Tapi belakang muat dalam 2 orang je. Sebab kereta ni tak lebar.

Keluar je kereta...dah nampak Auto yang macam filem hindustan tu yang warna hitam kuning. Teruja giler. Sambil memandang luar...wife aku tye. Mana ye teksi yang roda 3 mcm kt dalam filem hindustan tu. Terus ak tunjuk kt luar...tu....ha...situ...ha sna..hahaha..Banyak pulak. Dia pon ape lg...gelak sakan dan teruja la.. Selama ni tgk kat tv je kan. Sekarang amik...realiti berpijak di bumi yang nyata. Lori diaorang pon unik2 sbb penuh dgn corak sana-sini.

Masa on the way ni saja tanya driver mintk dia belikn sim card. Tapi time tu dah kol 11 lebih. Dia pon kata esok je sbb malam macam ni banyak kedai yang dah tutup. So, aku pon termenung jla kt tgkap sementara tunggu sampai di hotel. Smpai jua ke Jaggi Palace Hotel. Hotel ni biasa je, tapi menghadap jalan. Aku ngn wife pon masuk hotel dengan penuh rasa arrrghhhh..nak baring...penat.....
Jejak je kaki aku ngn wife pon duduk la kt sofa lobi tu..tapi tang tu lak macam ada persilihan faham orang local dengan owner hotel. Purak...prak...ama..apa...semua ada. Tup..tup aku punya pon masalah pulak. Agent tak ada inform nk check in....arrrghhhh. Angin satu badan. Penat woi. Jam dah kol 12.30am dah. Nak baring nihhh...... Ak pon tak nak marah2...bg dia satle. Janji dapat tido. Sebelum terlupa, pakej aku ni siap makan malam. So,aku pon tye pasal dinner malam tu. kol 12lebih baru nak dinner. Pergghhh.. Dasyat.hahaha...

Masa dia tanya nk makan apa tu...dia merapu jap. Tapi yang aku dapat tangkap dal je...hahaha..aku pon gelengkan kepala..wokey..hahaha.Ok. Lepas tu dorg sambung lagi selisih faham tu. Ape yang aku agak dorang nk bilik family dan bilik bawah. Tapi mungkin tak cukup bilik kot. Tapi wife aku tu faham je apa yang dorg cakap. Tapi bukan semua lah. Sikit-sikit je. Sebab wife aku ni hantu hindustan suatu ketika dahulu. Berapa minit pastu..owner hotel tu gtau aku yang malam ni terpaksa bagi hotel lain sebab hotel dah penuh. Tapi dia akan ganti hotel dan breakfast ngn dinner kt hotel dia.
Ok pon setuju jla.

Waarrghhh...my food coming....menu malam tu Nasi jammir dia nasi yang pernuh rempah. Mula2 makan ok je tapi lama2 huhh..Lepastu roti chapati, sayur campur, kuah kari dengan air 0. Bolehla, aku ngn wife pon makan dgn penuh laparnnye..hahaha..

DONE...FULL...masa utk bgrak ke hotel pulak untuk tido. Dia bawak lalu jalan ceruk mana ntah. Nampak la banyak gelandangan merata. Malam tu aku tido kat Blue Bell hotel. Hotel ni agak tak recommended sebab terlalu lama dan hurrmm..Malas nak cite lebih. Aku nak tido dulu...Bye.....

Sambung Hari Ke-2

Monday 11 April 2016

SURABAYA DAY - 2

Continue DAY-2....

Masa kat DAY-1 lupa nak cerita kat korang bahawasanya harini iaitu hari kedua ada gerhana matahari. Di Indonesia ni boleh nampak lebih jelas if compare dengan Malaysia. Jam gehana kol8-9 pagi. Tapi tak nampak pon sebab terlalu terik. Aku lak tak ada filem penapis tu. HuHU.
Dah pakai sunglass pon tak nampak gak. Terlalu sakit mata. Xpelah. Nanti ada la member2 bg gambar. Betol pon. Masa kat loby tu try le ke udara FB dan Whatsapp. Mcam2 gambo depa bagi. Gambo yang bukan-bukan pon ada. Hahaha.

Untuk hari ke-2 ni barulah aku gunakan khidmat supir. Untuk harini kami akan cover Wisata Petik Apel - Museum Angkot - Air Terjun. Untuk Museum Angkot tu aku dh plan awal2 utk cover lame kat sini sbbnya aku ni suka bergambor. So tak cukup kalau setakat berapa jam je, Hari tu kat US tu pon seharian kat sana, Ni ape tah lagi nk cover 3 tempat wisata sekali gus. Ikotkan nak juga g Jawa Timur Park. Tapi masa memang tak mengizinkan. Huhu.

Amacam?Nampak Seronok kan kan kan?
Taman tema baru.

Senang cerita kt Malang ni tak cukup kalau sehari. At least 2-3 hari hanya untuk di Malang sahaja untuk cover semua tempat menarik diorang. Kt Jawa Timur Park ni dia ada Zoo, Attraction dan macam-macam lagi. Korang boleh google sendiri kalau nak tau. Dan kalau nak lagi murah disarankan amik je package. Contoh kalau korang amik 2 theme park harga untuk dua-dua akan jadi lebih murah wokey.

Hotel yang kami menginap ni tak sediakan sarapan. So, nti bgtahu Pak Supir suruh sarapan dlu. Kita pekena sarapan di Indon. Hehe. Seperti yang dijanjikan, pkul 8lbih Pak Asirin a.k.a driver@Pak Supir pon sampai. Ingat driver dia lain yang datang. Rupanya dia yang jadi driver kiteorg. Kereta yang dia provide ok la. Toyota Innova. Selesa pon selesa.
Nila Pak Asyirin dari belakang. Hahaha
Cuba korang tengok sign borad atas tu?
"Pecah Belah"hahaha..ape tah maksudnya pon tak tau. 
Atas tu "rumah tangga".Mungkin rumah tangga pecah belah?hahaha.

Masa on the way ke Batu, Malang tu jenoh jungak nak cari sarapan. Kteorg nak restoran yang biasa-biasa je. Tak nak class2 ni. Tapi kebetulan hari tu adalah hari cuti iaitu hari libur di surabaya, makanya banyak perniagaan yang tutup. Dan jalan pon agak jem sebab ramai orang dari kota Surabaya datang ke Batu/Malang ni untuk bercuti. Damm. Aku baget aku g time kerje Malaysia selamat. Rupanya dorg ada perayaan la pulak. Adeh.

Dari kota Surabaya ke Malang ni amik mase perjalanan dalam 2 jam lebih. Tapi +- dekat 3 jam jugak termasuk jem dan g sarapan.  Krukkk....kruk....perot lak dah bunyi. Lewat makan. Huuu. Dah tak tahan lagi, minta Pak Asyirin berhenti jla mana-mana untuk sarapan. Di Surabaya ni sarapan dia sama je. Soto. Soto dorg lain sikit dengan kita di Malaysia. Soto dorg ada sup dengan nasi. Bukan nasi impit tau. Nasi biasa je. Pastu di taburkan daging ayam atau sapi(lembu).


Masa perjalanan ke Malang.


Berhenti jap. Kena bayar ape ntah sebelom ke Wisata Petik Apel.

5 Minit kemudian. Dah sampai....Haaaa? Ingatkan Wisata Petik Apel ni macam taman ke..ape ke...yang ada reception ke. Rupanya macam ladang biasa je. Depan dia ada khemah utk bayar tiket. itu sahaja. Pelik gak dalam hati. Tapi masuk jla. Kena bayar brape ntah xingat. Dia bagi 1 beg plastik untuk kita petik epal beserta teh o apel kecik je. Tapi sedap. Dalam tu kita boleh makan unlimited epal hijau. Makan lah sampai kenyang. Kalau nak bawak balik, petik sendiri isi dalam plastik tadi dan kiraan dia 1kg = IDR5000 kot. Nanti korang servey sendiri ye.


Tadaaa...Meh petik epal jom. Hehe. Sebelom melakukan aktiviti-aktiviti petil epal jom berselfie dulu. Hehe.

Epal pertama aku petik dan pemandangan sekitar ladang. Epal yang aku amik ni rangup dan manis. Wife pulak salah amik. Amik yang terlalu muda. So rasanya sangatlah masam. Huhu.



Gambar riang-ria laki bini kat ladang apel.Hahaha.

Kat sini aku tak lama sangat pon. Banyak lagi agenda yang nak kena g. Keluar je dari ladang tu aku pun timbang epal-epal yang aku petik tu. Owcchhh..1.5kg. Terlebih sudah. Xpla. Bukan selalu pon.
Pada masa yang sama ada orang offer jual kerepak epal. Dia bagi aku rase. Aku pon rasa lah. Honestly xsedap mana pon. Macam tak sesuai lah epal dijadikan kerepek. Memandangkan ianya rare so aku belilah sepaket. Sebenarnye mahal dia jual ni. "KENA TIPU".Kat sini dia jual sepaket dlm RM12 rasenya. Memandangkan rare aku belilah. Dia siap suruh beli sebundle lagi. Memang tak la.

Kalau korang nak g sni, xpayah beli kerepek epal kt sni. Sebabnya masa aku di pekan Malang, bnde tu dia jual dalam 3 RM10 je. Berbulu je aku. Bukan setakat tu je. Epal pon sama. Tadi kan aku beli epal petik sendiri sekilo dalam brape ringgit tah. Kat lua jual 3kg RM10. Haaaaaa? Tipu lagi. Hurrrmm. So, betullah orang kata. G Indon ni tak sah kalau tak kene tipu. Hahahaha.

Dah tu aku pon keluar mendapatkan Pak Supir aku ni. Sebelom balik tu aku tanya Pak Supir aku, kalau straight ke mana sebab nampak macam banyak kereta naik ke atas. Rupanya kat atas tu macam ada taman bunga. So aku decide nk g jugak la sebab wife suka sgt bunga2 ni. Ikotkan masa sangat limited. Tapi dah alang-alang dekat, g jugak la. Bayaran tak brape nak ingat. Nanti aku update balik ok. Sekali sampai...perrhhhh..ramai giler. Maklumlah hari berliburkan. Budak sekolah pon banyak, rombongan bas pon banyak weh..

Wokeh.Nama tempatnya SELECTA TAMAN WISATA.

Amacam lawa tak?Ups. Gambo ihsan google.Hehe

Pintu masuk. Tengoklah...ramai gila manusia.

Sign Gong Xi FaChai pon tak tanggal lagi. Haha. Masa masuk ni, banyak macam replica2 dinasour. Itu pon kami layankan gambo sekali. Hahaha.Setiap dinasour mesti ada gambar wokey.







Tengoklah. Setiap pelusuk ada manusia.Huhu.



Selain taman bunga, kat sini ada jugak taman tema air. Sngat2 sesuai untuk kanak2 ribena macam bukan aku. Hua3. Tapi kteowrg nonexpected pon datang sini. Kalau tau mesti dah bawak baju lebih. Huhuhu. Jalan kedepan lagi dan berjalan dan berjalan. Tiba lah masa...taman-taman bungai syurgawi. Cayalah ayat weh.







SURABAYA - DAY 1

Di hari pertama ni tak banyak benda yang boleh diperkatakan sabab aku sampai pon dah pkul 10pm waktu Surabaya. Dah nama pon short vacation kan. Di pagi hari aku masih bekerja. Gila kentang kan? Sebabnya flight lewat. Dalam pukul 7 baru flight departure. So amik half day kerja je.

Sampai di KLIA2 pon tak adalah sesak macam di pagi hari. Sebab flight time mcm ni dah kurang. Ada pon domestic flight je.
 
Muka orang kebosanan tunggu flight.
**orang belakang usha2 ape hal?#@$%

Perjalan ke Surabaya agak lama sikit dalam kurang 2 jam lebih kalau tak silap. Sebab kedudukan Surabaya ni terletak di bahagian Timur kepulau Jawa. Surabaya ni berjirankan Yogjakarta. Kami dah g pon tahun lepas. Hehe

Dalam flight xde buat ape pon. Tidur je. Cuma 1 benda je aku nk cerita yang kurang enak. Masa ngah tunggu ni. Tiba-tiba datangla segerombolan warga Indonesia. Diorang ni rupa-rupanya transit dari Mekah dan baru lepas mengerjakan ibadah Umrah. Insaf sekejap. Jam pon dah 7 lebih, Masanya, Maka, masukla ke perut kapal terbang AirAsia. Blurpp. Damn...Bau yang kurang enak.. Arrrgghhh.
Masa tu aku tengok ada sorg pramugari ni asyik hembus nafas je. Sah2 dia pon bau jugak ape yang aku bau. Huuu.

Wife aku dah tak tahan dah. Risau je aku takut dia termuntah. Tau la perempuan. Pantang bau busuk sikit. Last2 dia tutop hidung pkai tudung dan tido. Satle masalah.

Setelah 2 jam lebih maka, berlabuhla kapal terbang aku tadi di Juanda International Airport kalau tak silap. T3 terminal baru untuk international. Kalau domestic T1 dan T2 kot. Untuk day 1 ni aku tak amik supir pon sebab dah malam. So aku guna taxi airport je. Tak takut kena tipu ke? Tak. Sebab ni bukan supir2 yang bersepah tu. Ni amik taxi yang guna coupon. Macam biasalah, langkah je keluar berkurumun orang macam ada pesta. Oleh kerana aku dah goole maps dlu kat mana lokasi tiket taxi ni so aku jalan ke arah tempat di tuju.

Aku apa2 aku dah stanby awal. Sng.

Ihsan google.maps. 

Korang keluar je amik beg, jalan straight dan lihat kri. Byk. Korang pilih. Sini pkai coupon so harga dah net. Bayar pon kat sni je. Xpayah bayar dkat driver taxi k.

Ni nak cte sikit.Aku ngat kt Indon ni nak la naik teksi kereta indon. Vios ke ape ke. Sekali dia bagi kereta aku Saga FLX da. Mcam naik kereta sendiri je. Adeh. Tapi naik jla. Ni 1lagi. Aku ingat 100% xde cas apa lagi dah. Sekali mase dalam kereta nk kua airport,  time lalu kaunter tiket byar parking boleh lak dia mintak aku. Aku tanya balik, tak termasuk dalam coupon tadi ke. Dia kata tak. Dahla minta 5k Rupiah. Aku bagi la 5K. Bila masa bayar tu, rupanya 4500 IDR je. Balance tak bagi aku pon. Memanglah amoun nye kecik. Tapi nampak sangt tak jujurnya. Hiash.

Dah tu tiba2 dia on meter lak. Ape hal orang tua ni. Aku dah bayar okeh. Knapa ko buka meter? Dalam hati risau gak. Tapi bile dah smpai xde ape pon. Sekadar perhiasan kot. Selang 30minit maka sampailah aku di Hotel. Hotel ni included under AirAsiago. Mengenangkn nak murah, tak kisah pon hotel area mane dan brape bintang, Janji ada wifi dan tempat tido.

Di Surabaya ni aku tinggal kat High Point Service Apartment. Tengok review ok la. Hotel ni tgk gambo bukan main lawo lagi, Masuk dalam, dah lama sebenarnye hotel ni. Kesan cat pon dah banyak tanggal. Aku pilih ni sebab ada swimming pool. Tapi tak sempat mandi pon. Damn.


**Gambar ihsan google. Kalau gambar hotel asyik lupa je.

Sampai je hotel, 1st cari makan dulu. Lapo kot. Dah makan tu aku g cari market jap. Biasalah, cari air dan jajan2 untuk dikunyah dimalam hari. Kot2 tangah malam lapo ke apa ke. Mase ke market tu aku jumpa sesuatu yang unik. Aku jumpa air cap badak dalam bentuk tin. Xpelik ke? Kalau kat Malaysia kan semuanya dalam botol. Ni dalam tin brother. Bini aku punya menemuan lagi best. Dia jumpa air cap badak dalam tin gergasi. Hahaha. Power ko. Ni confirm sejuk punya.


oK. Sampai di sni jer. Jom sambung SURABAYA DAY - 2

Thursday 11 February 2016

BIKERS KENTAL - ON TEATER

Wooww...
Edisi teater..dari sebuah filem kini di teater kan. Amacam okx? Hehe. By the way, more excited sebenarnya wife aku. Dia peminat Awien. Dan satu lagi, aku dan wife peminat Bikers Kental ni. Macam aku, suka cerita ni dan tak pernah bosan walaupon berkali-kali tengok sebabnya ia mengisahkan Superbike. Dan aku giler minat Superbike ni. Dan aku pon dah memiliki 1 bijik. Hehe.
Kalau movie superbike dan kereta, aku tak akan bosan punya. Back to the story, aku xpernah pon tengok teater ni dan tak pernah amik tahu pon.

COVER PHOTO BIKERS KENTAL

Bila wife nak sangat tengok bikers kental ni, aku pon bawak jla. Layan kan aje. Teater ni tak dia ada utk 7 hari je. Dan "tayangan" selama 3 jam termasuk 15 minit waktu rehat. Untuk tiket boleh beli melalui asiaredtix.com. Macam under airasia jugak kot. Cara lain beli tiket walk-in jla. Aku ni kaki online, so malas aku beli online je. Tengok iklan harga serendah RM45.

IKLAN TEATER BIKERS KENTAL

Bila mase nak beli tu sebenarnye yang RM45 jadi RM50. Yela, termasuk GST palat dan service charge lagi. Tapi seat yang RM45 ni aku boleh cakap tak payah la. Tu untuk Grand Circle. Korang tau tak kat mana?Nun tingkat yang ke-2 punya hokey. Ntah nampak ke tak tak tahulah.
GAMBAR PINJAM BLOG LAIN



Wednesday 10 February 2016

UKIRAN TOAR LUMIMUUT

Sepetang tengah berborak...
Google pasal Face Mountain di USA. Tiba-tiba ada member menyampuk dan cerita pasal kat Indonesia pon ada ala2 face mountain jugak. Namanye Toar Lumimuut. Sekali google, memang ada cuma ianya jarang dikhetahui orang ramai. Nampak macam unik. Aku akan explore pasal ni.
Nanti aku akan google more deep about this. Okay.



IHSAN:GOOGLE


PERSIAPAN KE SURABAYA (INDONESIA)

AIRASIAGO datang lagi..
Masa untuk meniliti mana yang murah...hehe. Pada mulanya agak mengecewakan. Tak ada yang murah? Berapa murah yang aku target? 15+.++. YA. Lingkungan 150 jer untuk seorang. Cuz aku akan amik Airasiago ni untuk short trip jer. Dan normal untuk 3hari 2malam je. So far, dah 3pakej aku amik untuk Airasiago dan rata2 harga untuk 2 orang termasuk hotel dalam RM3++.++ jerk. Bia murah janji dapat bercuti luar negara.

Februari 2016, bulan permulaan untuk Honeymoon Traveller mencari lokasi2 bajet untuk bercuti.
Hari kedua mencari...
Atas ni jer yang paling murah di antara yang lain.Siem Raep. Keinginan pon ada nk g sana. Nak tengok Angkor Wat. Tapi fikir kos yang menggunakan USD xgiler nak kuakan duit nanti. Nak tukar duit lagi dengan currency yang tak menentu. Huhu. Maka sedikit hampa. Airasiago tidak semurah terdahulu. 

Hari ketiga mencari...dan tiba-tiba...:
Amacam? Ok x harga aku dapat? Kalau standard price ni tanpa hotel boleh cecah 5rat tau kalau last minit. Aku dapat? 140 sorang kalau 2 orang baru 3 ratus. Hotel include tau. Flight return. Hehe.
Aku pon grab la. Apa nak tunggu. Tapi aku tak amik pon yang hok RM140 tu. Aku amik yang RM161 tu.. Bukan ape. Yang 140 tu homestay. Bilik air kongsi2. Tak nak aku. Xde privasi. Yang andalus lak macam tak best jer. Hahah. Then, aku decide amik yang RM161. Menginap kat High Point Serviced Apartment. Swimming pool pon ada. 1lg kawasan dia bukan kt tengah bandar, tapi dekat dengan kawasan Univesitas atau student.

Masa aku kat Yokyakarta tu pon hotel Airasiago ni dia bagi kawasan lain2. So sape2 ni beli melalui Airasiago kne study dlu hotel ape yang dia offer ok? Mase Medan dlu dah silap. Aku terambil hotel area China Town. Memang payah la cari nasi padang. Huhu. Second time masa aku kat Yogja, dia bg area student. So, restoran sana banyak yang murah2. Yang makan pon student-student je.

Itu percutian kali nasa yang ada sangat2 terhad. Sebab hari pertama tu bertolak jam8.30 malam dan akan sampai di Surabaya 10.30malam. Sebab timing ni je yang murah. Tapi aku cover balik untuk hari ke3 tu. Aku amik flight paling lewat. Jam8.30mlm dan akan smpai KLIA2 jam 12.30am. Coi..!!!
Baru aku teringat KLIA transit last jam12.45am. Memang tak sempat lah. Tapi xpela. Kena naik teksi jla.

Untuk bercutian 3hari 2malam ni, hakikatnya aku just cover 2hari jer. So aku akan ke Bromo dan sehari lagi tu just cover around dalam bandar jerk. Masa tengok

Wednesday 3 February 2016

PERSEDIAN PERCUTIAN INDIA

Yes...One of 7 Wonder World come be True....

AirAsia sambung balik route ke New Delhi menerusi AirAsiaX. Aku pon ape lg, test2 rege menggunakan skyscanner.net. Sekali, RM299? Wowww? Amazing? Boleh tahan. Total g dan balik 2 orang RM1194.40. Sebenarnya xdla murah sangat. Haritu aku pernah try dapat dalam RM9++.++ Return 2 orang. Tapi hati tak terbuka lagi. Hua2. Kalau Malindo normal dalam 29++.++. Selain tu boleh wat flight lompat. Kuala Lumpur-Kochi-New Delhi-Kochi-Kuala Lumpur RM24++.++. Rege aku bagi ni rege 2 orang return ye. Dah nama blog Honeymoon Traveller. Hehe.

Berbalik pada tadi, timing yang murah tu bulan 8 dan bulan 9. Tapi aku nak bulan 10 tapi tak murah. So, aku grab je bulan 9. Target aku kalau bulan 10 tu dapat rase sejuk. Dan sebenarnya plan asal nak ke Kashmir sekali untuk enjoy snow. Tapi xde rezeki. Kashmir? Lawa ke? Ni tgk gambar ihsan google ni ha :->>



Giler xlawa. Banyak filem hindustan dorg shoot kat sini. Dorg panggil Switzerland of India. Musim salji dorg November-January. Macam2 aku dah google di Kashmir ni. Sebenarnya Kashmir ni masih bergolak dan masih dalam perebutan oleh 2 negara iaitu antara India dan Pakistan. Ikotkan taklukan lebih kepada India. Tapi menurut penduduk tempatan dorg lebihkan Pakistan. Dorg tak suka kt Kerajaan India. Nak ke Kashmir ni ade 2 cara. Flight dari New Delhi ke Srinagar atau pon Jammu. Srinagar the best option because lebih dekat. Kalau jammu ok jugak, tapi perjalan ke gunung Gulmarg lebih lama. Gulmarg ni terkenal sebagai snow point kat Kashmir.


Kereta kabel dia pulak adalah tertinggi di dunia ok. Ops. Kalau rege tiket flight ke Srinagar tadi dalam 7++ ke 8++. Namun aku batalkan ke Kashmir setelah......

Setelah aku tgk2 harga tour Golden Triangle, aku ternampak tour ke Manali by Volvo. Pe tu? Kre tour package dari Delhi akan bawak kita ke Manali. Manali ada apa? Ke Manali ni agak jauh jugak kalau naik bas dalam 8-10jam. Flight xde ye.

Iklan yang buat aku berkenan.

Hahaha. Macam aku highlight before, aku nak main snow. Hehe. Yes.Snow point yang terkenal di Manali ni adalah Rohtang Pass.


Nak ke Rohtang Pass ni kena jalan yang agak seram. Jalan dia pon tercatit sebagai jalan paling bahaya di dunia.



Amacam? Ada berani ker? Mau tak gerun. Jalan berliku, berbukit, bergaung. Tapi niat kne betul jla. Huhu.Fikir nk ke snow je. Rohtang Pass ni salji dia sentiasa ada sepanjang masa.  Kalau November lagi best sebab ada snowfall. Kalau kashmir lagi lawa, tapi kashmir kena hujung tahun baru ada snow.

Selain tu, snow point lain Sollang Valley. Tapi ni malas nak cerita lebih sbb snow hanya ada pada hujung tahun je. Waktu lain still buka sebab tarikan aktiviti kat sni macam cable car, paragliding, dan macam-macam lagi.



Seronok kan? Macam aku kata tadi, malas nak cerita lebih sebab aku g bulan 10 dan xmerasa pon salji kat sollang valley ni.

Berbalik planning aku tadi, aku dah belipon tiket ke New Delhi India selama 10hari. Perghh. Sejarah wat aku. Bercuti selama 10hari. Sebelom ni paling lama pon 7 hari masa kat philipine. Kali ni 10hari. Dan dalam masa 10 hari ni aku nk cover utara India. Under wishlist aku adalah DELHI-AGRA-JAIPUR-MANALI-KULLU. So far, hrga tour couple aku dapat paling murah RM24++.++. Ok la kan? Kalau g Korea/Japan 2k-3k tu pon untuk sorg selama 4hari 3 malam kan? Ni? 10hari ok?

Itulah serba sedikit info sebelom aku bercuti bulan 9 karang. Untuk detail nanti aku prepare karang ok....