Monday 11 April 2016

SURABAYA DAY - 2

Continue DAY-2....

Masa kat DAY-1 lupa nak cerita kat korang bahawasanya harini iaitu hari kedua ada gerhana matahari. Di Indonesia ni boleh nampak lebih jelas if compare dengan Malaysia. Jam gehana kol8-9 pagi. Tapi tak nampak pon sebab terlalu terik. Aku lak tak ada filem penapis tu. HuHU.
Dah pakai sunglass pon tak nampak gak. Terlalu sakit mata. Xpelah. Nanti ada la member2 bg gambar. Betol pon. Masa kat loby tu try le ke udara FB dan Whatsapp. Mcam2 gambo depa bagi. Gambo yang bukan-bukan pon ada. Hahaha.

Untuk hari ke-2 ni barulah aku gunakan khidmat supir. Untuk harini kami akan cover Wisata Petik Apel - Museum Angkot - Air Terjun. Untuk Museum Angkot tu aku dh plan awal2 utk cover lame kat sini sbbnya aku ni suka bergambor. So tak cukup kalau setakat berapa jam je, Hari tu kat US tu pon seharian kat sana, Ni ape tah lagi nk cover 3 tempat wisata sekali gus. Ikotkan nak juga g Jawa Timur Park. Tapi masa memang tak mengizinkan. Huhu.

Amacam?Nampak Seronok kan kan kan?
Taman tema baru.

Senang cerita kt Malang ni tak cukup kalau sehari. At least 2-3 hari hanya untuk di Malang sahaja untuk cover semua tempat menarik diorang. Kt Jawa Timur Park ni dia ada Zoo, Attraction dan macam-macam lagi. Korang boleh google sendiri kalau nak tau. Dan kalau nak lagi murah disarankan amik je package. Contoh kalau korang amik 2 theme park harga untuk dua-dua akan jadi lebih murah wokey.

Hotel yang kami menginap ni tak sediakan sarapan. So, nti bgtahu Pak Supir suruh sarapan dlu. Kita pekena sarapan di Indon. Hehe. Seperti yang dijanjikan, pkul 8lbih Pak Asirin a.k.a driver@Pak Supir pon sampai. Ingat driver dia lain yang datang. Rupanya dia yang jadi driver kiteorg. Kereta yang dia provide ok la. Toyota Innova. Selesa pon selesa.
Nila Pak Asyirin dari belakang. Hahaha
Cuba korang tengok sign borad atas tu?
"Pecah Belah"hahaha..ape tah maksudnya pon tak tau. 
Atas tu "rumah tangga".Mungkin rumah tangga pecah belah?hahaha.

Masa on the way ke Batu, Malang tu jenoh jungak nak cari sarapan. Kteorg nak restoran yang biasa-biasa je. Tak nak class2 ni. Tapi kebetulan hari tu adalah hari cuti iaitu hari libur di surabaya, makanya banyak perniagaan yang tutup. Dan jalan pon agak jem sebab ramai orang dari kota Surabaya datang ke Batu/Malang ni untuk bercuti. Damm. Aku baget aku g time kerje Malaysia selamat. Rupanya dorg ada perayaan la pulak. Adeh.

Dari kota Surabaya ke Malang ni amik mase perjalanan dalam 2 jam lebih. Tapi +- dekat 3 jam jugak termasuk jem dan g sarapan.  Krukkk....kruk....perot lak dah bunyi. Lewat makan. Huuu. Dah tak tahan lagi, minta Pak Asyirin berhenti jla mana-mana untuk sarapan. Di Surabaya ni sarapan dia sama je. Soto. Soto dorg lain sikit dengan kita di Malaysia. Soto dorg ada sup dengan nasi. Bukan nasi impit tau. Nasi biasa je. Pastu di taburkan daging ayam atau sapi(lembu).


Masa perjalanan ke Malang.


Berhenti jap. Kena bayar ape ntah sebelom ke Wisata Petik Apel.

5 Minit kemudian. Dah sampai....Haaaa? Ingatkan Wisata Petik Apel ni macam taman ke..ape ke...yang ada reception ke. Rupanya macam ladang biasa je. Depan dia ada khemah utk bayar tiket. itu sahaja. Pelik gak dalam hati. Tapi masuk jla. Kena bayar brape ntah xingat. Dia bagi 1 beg plastik untuk kita petik epal beserta teh o apel kecik je. Tapi sedap. Dalam tu kita boleh makan unlimited epal hijau. Makan lah sampai kenyang. Kalau nak bawak balik, petik sendiri isi dalam plastik tadi dan kiraan dia 1kg = IDR5000 kot. Nanti korang servey sendiri ye.


Tadaaa...Meh petik epal jom. Hehe. Sebelom melakukan aktiviti-aktiviti petil epal jom berselfie dulu. Hehe.

Epal pertama aku petik dan pemandangan sekitar ladang. Epal yang aku amik ni rangup dan manis. Wife pulak salah amik. Amik yang terlalu muda. So rasanya sangatlah masam. Huhu.



Gambar riang-ria laki bini kat ladang apel.Hahaha.

Kat sini aku tak lama sangat pon. Banyak lagi agenda yang nak kena g. Keluar je dari ladang tu aku pun timbang epal-epal yang aku petik tu. Owcchhh..1.5kg. Terlebih sudah. Xpla. Bukan selalu pon.
Pada masa yang sama ada orang offer jual kerepak epal. Dia bagi aku rase. Aku pon rasa lah. Honestly xsedap mana pon. Macam tak sesuai lah epal dijadikan kerepek. Memandangkan ianya rare so aku belilah sepaket. Sebenarnye mahal dia jual ni. "KENA TIPU".Kat sini dia jual sepaket dlm RM12 rasenya. Memandangkan rare aku belilah. Dia siap suruh beli sebundle lagi. Memang tak la.

Kalau korang nak g sni, xpayah beli kerepek epal kt sni. Sebabnya masa aku di pekan Malang, bnde tu dia jual dalam 3 RM10 je. Berbulu je aku. Bukan setakat tu je. Epal pon sama. Tadi kan aku beli epal petik sendiri sekilo dalam brape ringgit tah. Kat lua jual 3kg RM10. Haaaaaa? Tipu lagi. Hurrrmm. So, betullah orang kata. G Indon ni tak sah kalau tak kene tipu. Hahahaha.

Dah tu aku pon keluar mendapatkan Pak Supir aku ni. Sebelom balik tu aku tanya Pak Supir aku, kalau straight ke mana sebab nampak macam banyak kereta naik ke atas. Rupanya kat atas tu macam ada taman bunga. So aku decide nk g jugak la sebab wife suka sgt bunga2 ni. Ikotkan masa sangat limited. Tapi dah alang-alang dekat, g jugak la. Bayaran tak brape nak ingat. Nanti aku update balik ok. Sekali sampai...perrhhhh..ramai giler. Maklumlah hari berliburkan. Budak sekolah pon banyak, rombongan bas pon banyak weh..

Wokeh.Nama tempatnya SELECTA TAMAN WISATA.

Amacam lawa tak?Ups. Gambo ihsan google.Hehe

Pintu masuk. Tengoklah...ramai gila manusia.

Sign Gong Xi FaChai pon tak tanggal lagi. Haha. Masa masuk ni, banyak macam replica2 dinasour. Itu pon kami layankan gambo sekali. Hahaha.Setiap dinasour mesti ada gambar wokey.







Tengoklah. Setiap pelusuk ada manusia.Huhu.



Selain taman bunga, kat sini ada jugak taman tema air. Sngat2 sesuai untuk kanak2 ribena macam bukan aku. Hua3. Tapi kteowrg nonexpected pon datang sini. Kalau tau mesti dah bawak baju lebih. Huhuhu. Jalan kedepan lagi dan berjalan dan berjalan. Tiba lah masa...taman-taman bungai syurgawi. Cayalah ayat weh.







No comments:

Post a Comment