Tuesday 1 November 2016

COLOR FULL OF INDIA (DELHI-DAY 1)

Alhamdulilah setelah hampir lebih sebulan baru rasa nak menaip dan menceritakan segala perjalanan di India....

Sekali lagi honeymoontraveller menghoneymoonkan diri pergi bercuti. Dan buat julung kalinya kami menaiki AirAsiaX. Alamak...baru nak merasa. Hehe. Maklumlah, percutian kami ni bukannya mewah...sekadar mampu bercuti membawa isteri tersayang. Kali ni percutian kami akan cover lebih kurang 4 Daerah iaitu Delhi - Agra - Jaipur - Manali selama 10hari. Macam mana kami merancang perjalan ini telah tercatit di :>>

Ok. Pada 14 September 2016 bermula lah perjalanan. Fligh kami jam pukul 7. Aiseh..tang2 mangrib lak dia nk flight. Ermm..no choice. Flight KUL-DEL hanya 1x/Day jer. So, mmg tak ada pilihan. Pagi tu ak dah cuti, dah prepare. Wife pulak still kerja. Maklumlah...cuti tak banyak. Hahaha...


Aku sangat teruja bila nak naik AirAsiaX ni. Ye lar, orang kata lebih luas. Tapi hakikatnya...same jer. Memang la Plane ni besor dan luas. Luas sbb dia besar je. Ujuran kerusi kaki same je. Entertainment pon xde. Haish. Tapi xpe...aku dah prepare siap2 dalam USB OTG ada movie. Kalau boring2 mmg layan movie la. Tapi xsempat layan pon...tidooqqq...hahaha.


India lewat 2 jam dari Malaysia. So, sampai sana dalam jam 10 lebih. Airport dia not bad besar. Pengurusan pon bagus..ada buggy semua. Tang imigresen biasala. Paling menyampah. Paling tak suka beratur panjang, dan 1lg menghadap muka imegresen yang poyo tak hingat. Lebih kurang sejam lebih jugakla proses imigresen. Memang slow gila.

Gambar wajib diambik mase turun ke kaunter imegresen. Tangan tu yang simbolik tu...hehe...Namasteee...

Dah scan..dah cop semua...masa amik baggage lak. Sementara tu g toilet jap. Nak kucil sebab lama sangat dalam fligh tu. Lepas je buang lebihan air dalam badan..tiba..."tissue sir" sambil menghulurkan tisu dan mengangkat tangkat buat ala2 namaste. Ok.Teruja jap, Rasa macam bannga..poyo la.Hahaha. Baru teringat..di India pelancong sangat2 di sanjung. Then shift lak dgn wife. Turn dia masuk toilet. Kuar toilet pon cerita yang sama diceritakan. Hahaha. Tapi tang wife aku dorg mintak tips. Aku tak ada pulak. Hahaha.

Nampak tak? Aiport bukan main beso...kaunter sikit je. Tapi boleh la sebab smpai pon malam. Kalau pagi xtau lah cmne ramainye.huhu.

Satle semua...berlalu lah menuju ke luar. Ternampak Aircel sign. Biasalah simcard. Try tanya sbb mmg plan nk amik. Sekali rege 1000IDR lebih kurang RM6+.++. Pulak, macam mahal jer. Sebab baca blog dorg kata murah je. So cancel.Beli kat luar. Jejak je kaki ke luar..mata pon meliar je cari driver aku..huuurrrmmm..cari....dan cari...dan cari...Aik. Xde pon nama aku. Nama agent aku pon xde pon? Sudah. Ok.Patient dan patient. XJumpa pulak. Padahal dah cakap sales agent petang tadi suruh standby sbb nk call susah. Ok. Dengan cool ak nk masuk balik dalam airport nk beli simcard utk call.
Tiba-tiba melangkah...ha...jumpa pon nama aku. Yahoo..lega di hati.

Aku pon follow driver aku ni. Jauh pulak menapak dari airport ke parking kereta. Bila nmpak kereta klasik India tu rasa teruja yang tak tergambar katanya. Sambil tu aku singgah jap air. Sambil2 tu mata aku meleret jugak tgk makanan2 yang ada. Boleh tahan, rasanya tak ada masalah kalau makan kot. Sebab semua vege. Tak jumpa perkataan Pork. Biala vege dari aku terjumpa perkataan "PORK" uweekkksss. Tadaaaa....driver dtg dgn kereta TATA nyer. Comey je kereta TATA ni. Nampak kecik, but dalam selesa jugak la. Tapi belakang muat dalam 2 orang je. Sebab kereta ni tak lebar.

Keluar je kereta...dah nampak Auto yang macam filem hindustan tu yang warna hitam kuning. Teruja giler. Sambil memandang luar...wife aku tye. Mana ye teksi yang roda 3 mcm kt dalam filem hindustan tu. Terus ak tunjuk kt luar...tu....ha...situ...ha sna..hahaha..Banyak pulak. Dia pon ape lg...gelak sakan dan teruja la.. Selama ni tgk kat tv je kan. Sekarang amik...realiti berpijak di bumi yang nyata. Lori diaorang pon unik2 sbb penuh dgn corak sana-sini.

Masa on the way ni saja tanya driver mintk dia belikn sim card. Tapi time tu dah kol 11 lebih. Dia pon kata esok je sbb malam macam ni banyak kedai yang dah tutup. So, aku pon termenung jla kt tgkap sementara tunggu sampai di hotel. Smpai jua ke Jaggi Palace Hotel. Hotel ni biasa je, tapi menghadap jalan. Aku ngn wife pon masuk hotel dengan penuh rasa arrrghhhh..nak baring...penat.....
Jejak je kaki aku ngn wife pon duduk la kt sofa lobi tu..tapi tang tu lak macam ada persilihan faham orang local dengan owner hotel. Purak...prak...ama..apa...semua ada. Tup..tup aku punya pon masalah pulak. Agent tak ada inform nk check in....arrrghhhh. Angin satu badan. Penat woi. Jam dah kol 12.30am dah. Nak baring nihhh...... Ak pon tak nak marah2...bg dia satle. Janji dapat tido. Sebelum terlupa, pakej aku ni siap makan malam. So,aku pon tye pasal dinner malam tu. kol 12lebih baru nak dinner. Pergghhh.. Dasyat.hahaha...

Masa dia tanya nk makan apa tu...dia merapu jap. Tapi yang aku dapat tangkap dal je...hahaha..aku pon gelengkan kepala..wokey..hahaha.Ok. Lepas tu dorg sambung lagi selisih faham tu. Ape yang aku agak dorang nk bilik family dan bilik bawah. Tapi mungkin tak cukup bilik kot. Tapi wife aku tu faham je apa yang dorg cakap. Tapi bukan semua lah. Sikit-sikit je. Sebab wife aku ni hantu hindustan suatu ketika dahulu. Berapa minit pastu..owner hotel tu gtau aku yang malam ni terpaksa bagi hotel lain sebab hotel dah penuh. Tapi dia akan ganti hotel dan breakfast ngn dinner kt hotel dia.
Ok pon setuju jla.

Waarrghhh...my food coming....menu malam tu Nasi jammir dia nasi yang pernuh rempah. Mula2 makan ok je tapi lama2 huhh..Lepastu roti chapati, sayur campur, kuah kari dengan air 0. Bolehla, aku ngn wife pon makan dgn penuh laparnnye..hahaha..

DONE...FULL...masa utk bgrak ke hotel pulak untuk tido. Dia bawak lalu jalan ceruk mana ntah. Nampak la banyak gelandangan merata. Malam tu aku tido kat Blue Bell hotel. Hotel ni agak tak recommended sebab terlalu lama dan hurrmm..Malas nak cite lebih. Aku nak tido dulu...Bye.....

Sambung Hari Ke-2

No comments:

Post a Comment