Tuesday 6 October 2020

KOTA KINABALU TRIP-02 DAY-01

 Huhh..Mengeluh jap....

Bukan apa, trip kali ni yang menariknya trip kali ni marupakan ulang tahun hari jadi aku yang ke-32. Happy birthday to me. Haha. Dan yang tak menariknya kebetulan lak Sabah buat pilihan raya. So time ni covid lak meningkat disebabkan klaster pendatang, risau jugak.huhu.

Berapa tiket time musim-musim PKP ni?

Kali ni kita beli under SNAP dengan harga RM545 untuk 2 org, 4 hari 3 malam termasuk hotel. Sebenarnya boleh dapat murah lagi dalam RM480, tapi aku upgrade nk hotel selesa sikit la. Just citer apa itu SNAP? Kalau dah biasa travel dengan Airasia ni mesti pernah dengar Airasiago. Airasiago ni macam 1 agensi la under Airasia. Cuma diorang sediakan pakej flight termasuk hotel sekali. Masa tahun 2015-2017 aku dengan wife rancak travel dengan Airasiago. Paling murah kami pernah dapat RM70 ke Kotakinabalu seorang untuk tiket pergi dan balik beserta hotel untuk 3hari 2 malam. Murahkn? 

Tapi itu dulu. Sekarang susah nk dapat harga mcm tu. Even Indon pon tak dapat. Dulu setakat ke Surabaya ke boleh je dapat RM13+ sorang untuk tikat pergi dan balik beserta hotel 3 hari 2 malam.

Murah ker harga ke Sabah ni?

Ha. Sebelum beli pun, aku ada cek kalau tiket flight sahaja berapa. Riki punya riki RM6++ pergi dan balik. Huh. Mahal. 

Agent ke macam mana tu kat sana???

Macam biasa la. Kalau Sabah ke belah2 timur ni kami sewa kereta je. Wife tukang cari mula-mula. Paling murah RM100 tu pon kereta Axia. Kecil sikit la untuk size kami XXL ni.hehe. Tiba-tiba terfikir pulak cara sewa kereta masa ke Jeju tahun lepas tu. Kami guna Skyscanner.net. Tengok paling murah RM203 untuk 4hari. Dari 26.09.2020 6.00pm smpai 29.09.2020 4.00pm. Sebenarnya SANGAT2 murah. Proton Saga lak tu tau. Imagine la sendiri kalau biasa sewa kereta macam tu RM13+. kali 3 dh barape ratus kan? Rezeki kami la dapat murah.

STOP PENGENALAN!!! 

Hahaha...ok la. Jom cerita honeymoon traveller kita ke Sabah.

Flight dalam 2.40pm. So macam biasa before ke Airport KLIA2, kita parking kt Terminal Salak Tinggi dulu ye. Ni kira trip pertama flight semasa musim Covid ni. Sampai airport pon tak meriah macam dulu. Warga Indonesia sana-sini. Foreigner pon tak ada. Cumanya masa masuk airport ada temp detector la. Siap ada tunjuk lagi pengunjung yang suhu bacaan lebih 37.5c. So dorg tak bagi masuk tau. 

Cerita dalam flight, sebenarnya aku mengharapkan jugak kot2 staf-staf airasia ni buat suprise ke untuk Birthday aku. Sebab ada dengar-dengar cerita sebelum ni. Malangnya hampa. Masa flight ni, kurang pernumpang sebab musim Covid kan. Perjalan amik masa dalam 2jam40minit. Kali ni tak terasa sangat lama sebab mungkin awal tahun hari tu kerap travel jauh2 kot. Masa awal tahun, travel Jeju, Busan, Abu dhabi. Mostly duration 8 jam. Padahal dulu masa travel ke Sabah rasa lama kot dekat 3 jam tu. huhu. Lagipon lepas makan tu, aku tidur kot. Hehe.

1 thing yang aku rase tak best, buat pertama kalinya dalam flight aku terpaksa pakai extension belt? WHATTT??? Maknanya aku dah gemok....wuuu.. Masa PKP mmg badan aku naik. Mana tak nya lebih makan tido dari buat aktiviti2 sihat. 

Sebelum sampai airport KK, kami diberi borang pengisytiharkan kesihatan untuk declare yang kami bebas dari symptom2 covid. Bila sampai je airport, dia minta wakil salah sorang kami untuk di interview. Tapi nampakla geng-geng frontliner siap sedia. huhu. Tapi sekejap je dan mudah. Siap semua ambil bagasi, terus cari booth sewa kereta. Kami sewa dengan KK Leisure and Tour melalui skyscanner. 

PERINGATAN UNTUK SEWA KERETA!!!

Beware ye semua. Untuk sewa kereta ni anda kena berhati-hati sikit ye. Macam kami, apa-apa kami minta resit dulu. Macam keadaan kereta tu, kami ambil gambar dan video keliling keadaan kereta. Kenapa??? Supaya kita dapat rekod keadaan kereta tu dalam keadaan baik atau apa keadaan pon. So, bila masa nak pulangkan tu tak ada lah dorg claim kereta tu calar ke rosak ke. Paddahal keadaan kereta tu dh sememang nya macam tu.

Debak-debuk sattle urusan semua dah pon jam 7malam. Sabah kalau dah 7pm mmg dh mcam jam 8pm ye. Untuk malam ni kami check-in dulu hotel kejap sebab badan dah rimas sangat. Lagi-lagi pulak pakai mask untuk berapa jam dah. Kami menginap di Hotel 7 Suria terletak di dalam bangunan shopping complex Suria Sabah tu sendiri di tingkat 7. 

BEST ker HOTEL 7 SURIA???

Tengok rating hotel ni 2 bintang je. Tapi untuk kami, nak je bagi 3 star. Sebab hotel sangat-sangat bersih dan selesa. Kiblat pon ada tau.Jarang hotel cina ada arah kiblat. Parking pon free. Parking dalam mall tu sendiri khas kat tingkat 7 betul-betul depan lobi hotel. So, kalau hujan ke apa tak ada masalah. Then, view pon cun sebab dia memang menghadap laut. Untuk ke Pasar Filipina pon xjauh. Kalau jalan kaki dalam 5 minit kot. 

Malam tu kami malas nk makan kt restoran. So kami beli makanan di Pasar malam Api-api je. Kami ni jenis suka makan di Pasar malam. Bukan apa. Dapat murah dan dapat macam-macam makanan. Padahal kalau kira-kira balik lagi mahal dari makan kat restoran. Haha. 

SARINGAN COVID DAN QUARANTIN WAJIB UNTUK PULANG DARI SABAH!!!

-Next entry ye-

No comments:

Post a Comment