Tuesday 6 October 2020

KOTA KINABALU TRIP-02 DAY-02

Belek-belek FB, keluar pulak berita yang tak sedap didengar. Untuk sesiapa yang datang dari Sabah bermula 27 September 2020 diwajibkan melalukan saringan iaitu swab test dan quarantin wajib 14hari. Macam kluster kayangan hari tu. Terus mood swing malam tu. Termenung jap. Gelak kan sendiri pon ada. Aku tengok muka wife aku, wife tengok muka aku. Macam mana ni. Orang kata swab ni sakit la. Apa la. Macam mana nak jalan ni dikala kes covid meningkat naik? Memang nk berjalan pon mood dh hilang. Lama jugak memikiorkannya. 
Last-last amik positif. Rilek la. Yang banyak kes lebih pada di Tawau, Lahad Datu dan Semporna. Kota Kinabalu baru 1 kes je. Quarantin pulak aku tak heran. Wife mmg dah tak bekerja. Aku lak boleh je bekerja dari rumah. So, tak ada isu pon. Cuma wat test tu je. Dah lama sikit bru boleh Tenang sikit. Lepas tu terus call mak gtau yang aku dah kat Sabah. Pada masa sama aku terus gtau adik beradik aku yang kami tak dapat join family gathering kt Cameron 9-10 Oct 2020.huhu. 

Untuk hari ke-2 ni, kami terus plan ke Kundasang. Masa mula-mula lain plan. Nak letak kundasang hari terakhirdan sapu pulau terus untuk 2hari tu. Last minute plan. Lg1 mula-mula plan nk gerak kol 4am untuk tengok gunung kinabalu. Untuk yang tak tahu gunung kinabalu dapat tengok masa Mata hari terbit dan tenggelam je dalam jam 7am-8am dan 7pm-8pm lebih kurang la. Selain tu, gunung akan ditutup awan je.

Memandangkan melayan taik Mata, jam 9setangah baru gerak. Ko rase? Hahaha. Sarapan pon xsempat. Sarapan kami masa on the way kat mana ntah. Nampak ada food court kami terus singgah. Mula-mula macam nak patah balik sebab ada ternampak PORK. Sekali jenguk dalam sikit ada la orang bertudung dan ada jugak kedai Muslim. Yang PORK tu 1 je. Ok la.

Tengok dah tak dan sarapan jam pukul10 lebih. Haha. Terus amik makan an berat. Okay tak ada idea. Aku ngn wife order nasi ayam dari gerai berbeza. Sebabnya... Bila kami duduk je, 4org dtg kt kami promote makan an masing2 dengan menunjuk menu masing2. Malas nak fikir, terus je amik nasi ayam. Dah sattle semua teruskan perjalanan. 

Perjalan ke Kundasang ni agak mencabar sikit. Bukan apa, dari bawah kita akan drive naik turun bukit. Agak lenguh jugak la tekan brek dan main gear. Paling tak best kalau depan kita lori. Tapi driver sana bagus, dia akan bagi jalan kalau jalan depan tu clear. Untuk muslim, sana agak sedikit susah cari halal ye. Kalau perasaan banyak sign gereja. Dan 1 lg byk jual babi panggang. Hehe.

Setelah 2 jam sampai jugak ke area Kundasang. Sebelum tu singgah jap di XXX. Sini untuk beli servenier macam baju ke perhiasan kat sini la ye.

Dah tu sambung lagi perjalanan ke pekan Kundasang. Sampai sini cari toilet dulu. Sejuk wooo air dia. Huhu.Ikotkn wife dia nak beli kuih-kuih kat pasar tengah2 pekan Kundasang ni. Tapi malangnya macam dah tak ada jer. huhu. Maka kita teruskan ke destinasi pertama.

MALANGNYA....

Destinasi pertama kami nak ke Desa Diary Farm. Ala-ala New Zealang gitu. hehe. Tetapi tutup. Mungkin sebeb covid kot. Diorang masih tak beroperasi. Sadisnya. Terus pala jem tak tau nak g mana lagi. Agak lama jugak lepak kat pintu masuk desa dairy farm ni. Nak riki tempat-tempat yang tak jauh sangatla. So far semuanya lagi jauh. Mostly lagi sejam lebih. Xmbohla. Karang dah g jauh-jauh tutup pulak kan. 
ihsan google

Aku drive kua je dari kawasan tu ternampak signboard ladang strawberry. Macam menarik. Tengok pon macam dah xjauh lagi. Berapa kilometer je.
Ihsan google map.

Drive ke ladang strawberry ni pon agak mencabar jugak tu. Dengan berbukit. Jalan berbatu-batu. huhu. Tapi tgk sign makin dekat teruskan je lar. Masa sampai sini kebetulan ada 1 biji kereta pon baru sampai. Oh ya. Sebenarnya masa lepak kat desa tadi, ramai jugak yang dah sampai tapi terpaksa patah balik. Senasib.huhu. Sambung..

LADDANG STRAWBERRY

Masuk sini murah je. RM3 seorang. Kat sini selain ladang strawberry ada jugak park untuk bergambar. Berbaloi jugak la datang jauh2 kan. Hehe.

Jalan depan sikit baru la jumpa ladang strawberry. Kat sini korang boleh petik sendiri strawberry yang korang suka. Nak kata meriah sangat strawberry dia tak jugak la. Tak banyak la. Tapi boleh la asal dapat jumpa strawberry fresh. Kalau korang nak petik diorg kira RM4/100gram. Pada aku ok lagi la. 
Syok-syok tengah petik boleh pulak hujan. Huhu. Aku ngn wife pon rushing la petik dan bayar. Kami tak petik banyak sangat. Sebab time tu buah yang betul-betul agak sangat-sangat limited. So hasil petikan strawberry kami just RM4.70 jer. 

DEBUSHHHH.....

Elok je masuk kereta hujan pon turun dengan selebat-lebatnya. Huhu.. Memang kami dah agak. Tanya-tanya orang Sabah memang dorg kata sekarang bulan September 2020 kerap hujan bila petang. So, redha je lar. Masa ni pon dah jam 12lbih. Timing makan pon. hehe. So, kami return balik ke pekan Kundasang.

LUNCH DI PEKAN KUNDASANG

Sebenarnya on the way balik ke pekan tadi, singgah jap 1 kedai ni nak beli air mineral. Sekali wife beli uncle bob lak dengan buble tea. Makan dalam kereta time hujan lebat. Korang rasa la sendiri nikmat dia macam mana kan. hehe. So agak sedikit kenyang la. Tapi kami ada 2 jam lagi untuk sampai ke KK, so kami cari jugak lunch yang proper la. Tapi tak ada yang menarik perhatian kami pon sebab restoran kat sana entahla. Pada aku kurang menarik perhatian. 2 ke 3 kali jugak aku pusing pekan dia. Padahal bukan besar mana pon. Jalan kaki pon dh habis. hehe. Kalau korang nk selesa pon KFC je lar.

Pusing punya pusing....MERTABAK JAWA RM1.50. Perhhh...Murah betul. So aku decide dengan wife kita try dulu mertabak dorg macam mana boleh g. So, aku beli 2 keping dan cari air sejuk lagi dan makan lagi dalam kereta. Layan beb. Sedap jugak. Rupanya mertabak jawa ni dia lebih pada macam murtabak sayur la.Tapi dia makan dengan sos. Tak macam semenanjung makan dengan kuah kari.

Untuk yang pertama kali sampai ke Sabah, dorg punya murtabak dorg akan goreng garing tau. So bila korang makan akan rasa cruncy la. Sebab dorg goreng macam goreng pisang. Kira masak tenggelam minyak la. Tak macam kat semenanjung. Kalau kita biasa murtabak masak pakai minyak sikit je. 1lg wife aku beli nasi lemak kuning. Dia kata sedap. Dia beli 2 konon dia 1 dan aku 1. Sudahnya dia makan dua2. Tak apa la. Aku tak heran sangat sebab selalu makan nasi lemak masa sarapan. huhu.

Bila perut dah kenyang, kami tak puas hati lagi. Kami beli lagi 2murtabak jawa dan sekeping murtabak ayam. Tapi tu untuk makan masa malam nanti la. Dah kenyang sangat ni. Sebelum balik, kami bergambar dulu di sekitar pekan. Banyak la spot2 untuk bergambar kat pekan. Ada 1 spot ni utk selfie. Tapi kami ambil gambar dari luar je.

MASA UNTUK BALIK KE KK..

Berarak...mendung kelabu....mengekori langkah ku...sepanjang perjalanan....
Ha macam tu la suasana sebelum kami nk balik. Awan dah mula bergerak dan Kinabalu mula memunculkan diri nya semula. Hehe. Dapat jugak la buat time lapse walaupun tak lama. Huhu..
Selang beberapa puluh minit, hujan pon turun lagi dengan selbatnya. Ok la. Memang dh masa kami balik.

SEAFOOD HUNTING

Balik jer dari Kundasang, kami rilek2 dulu kat hotel. Sattlekn sembahyang dulu dan mandi2 dulu baru kami dinner. Memang ini lah main point aku datang Sabah sebenarnya. Hehe. Nak melantak seafood. Sebabnya tgk kat Youtube semua kata sana murah2. Lokasinya mana lagi kalau tak bukan Waterfront Seafood Night Market. Malam ni nampak agak ramai. Kalau nk compare semalam lengang. Mungkin semalam masing-masing kat rumah kot tunggu keputusan pilihan raya. 

Bila ko dh jejak kaki je, ramai la promoter2 cuba approch korang untuk ambil dengan restoran dorg. Tapi aku dah set my key point. Aku nye focus point nk cari sotong yang murah dan besar dan lobster yang murah. Tak tahu kenapa rasanya malam tu tak server sangat pon. Biasanya aku ni jenis suka servey sampai betul-betul puas hati. Mungkin dh lapar sangat kot. Haha.

Aku terus ke kedai kedua. Aku dapat 2ekor sotong size sederhana dalam RM15, lobster RM98, Udang size XXXL RM23 dan kerapu RM22. Aku tak mintak murah pon. Adeh. Lupa langsung nk tawat menawar. Pastu tambah rumpai laut nama dia etok kalau tak silap. Huhu.

Alhamdulilah kami makan dengan rakus nya.Haha. Malangnya sotong kami tak dapat habiskan sebab terlalu kenyang. huhu. Tapi tak apa. Kami bungkus bawak balik. Boleh makan kat bilik kan kan kan..hehe. Total makan malam tu debak debuk RM183. Bolehla. Mahal sebeb lobster je. Kalau tak ok je. Udang tu kami amik 2nd besar. Ada lagi besar tp kami pon berpada la. So, malam tu perfect dinner. Awesome.

SAPA NAK MAKAN MERTABAK TADI???

Balik je hotel, buka je pintu bilik aku pandang mertabak yang aku beli tengah hari tadi masa kat Kundasang. Haha. Tak apa la. Simpan buat sarapan esok je.

- Sambung DAY-3



No comments:

Post a Comment