Sunday 11 October 2020

KOTA KINABALU TRIP-02 DAY-03

 BREAKFAST MERTABAK JAWA

Huhh..Jimat betul percutian kali ni. Sarapan pun semalam punya. Hehe. Bukan apa. Excited membeli tapi nak makan macam banyak pulak. Untuk hari ke-3 ni, kali ni memang kita dh rancang dari awal untuk buat aktiviti pulau. Dah servey dari sebulan lagi. Servey punya servey aku jumpe yang agak murah la. RM108/pax untuk sea walking 1 pulau. Entrance fee Pulau Manukan kena bayar asing RM2.50 jer. Dah servey tempat lain untuk sea walking biasanya add on RM180. Aku dapat RM108 all in. Maksudnya boat, snorkel dan safety jacket la. Lunch ke apa ke tak termasuk. Oh ya. Sebenarnya untuk dapat harga ni kena ada minimum 6pax. Tapi aku try je whatsapp agent ni boleh ker kalau 2pax je. Sekali dia on, tu yg aku pon terus lock je. Kira jadila. Siapa-siapa nak contact. Ha.boleh refer screen shot kat bawah ni ye.

BANGUN AWAL TRIP SE-AWAL 7.30 PAGI

Awal kan? Tu la. Memang agent dh gtau trip kena kumpul 7.30 pagi. Pagi tu aku bangun seawal 4pagi. Haha. Bukan apa. Takot terlajak. Sebabnya 2hari sebelum tu asyik bangun lewat je.Dah bangun tu, sembahyang,sarapan semua terus bergegas ke Jesselton Point jetty. Mujur Hotel kami dekat je ke jetty. Just 3minit je drive. Memang hotel ni sangat2 strartegi. Tunggu punya tunggu, tu dia. Jam 8 lebih baru bergerak. Nak buat macam mana, time tu kena kumpul orang lain yang naik 1 boat. huhu. Maka bergerak la kami menuju Pulau Manukan. 

OMBAK!!!

Kenapa ni? Masa dari jetty nampak macam tak ada apa-apa. Bila dah jauh sikit, nampak ombak semakin kuat. Bila boat makin laju, ha..tersentak sentak kami dibuatnya. Sentak punggung naik turun naik turun dipukul ombak. Percikan air ombak tak ya cakap la. Memang basah. Aku kesian kat aku punya agent. Time tu pulak dia mengandung. Tapi tengok dia steady je. Wife aku lak mula takot dan dah mula la berzikir. Ye la boleh kata, macam nk hujan pon ada. Dalam hati, bila lak nak sampai. Korang boleh tengok video ni kat bawah ye.

Perjalanan ke Pulau Manukan rasanya dalam 20-30 minit jugak. Dengan keadaan laut yang bergelora, 20 minit tu rase macam sejam jugak la nak sampai. Bila boat dah nak sampai, goncangan boat tu makin kurang dan makin reda. Huhhh.. Baru la boleh tarik nafas. huhh. 

WELCOME TO PULAU MANUKAN

Seronoknya dan lega nya bila dah sampai kat jetty. Tak sabar nak swimming dan snorkeling. Ok sebelum nak masuk sini kena bayar entrance fees ye. Ni yang tadi aku cakap tak termasuk dalam pakej. Ala murah je. RM2.50/pax. Dekat pulau ni pon ada resort tau. Siapa-siapa yang nak rasa privasi boleh la try. Bila dah masuk pulau ni, kami pon follow group kami. Disebabkan kami bergroup, kami pon kena berkumpul dengan group. Senang kerja agent nak pantau. Kami diberitahu rupanya hari kejadian 28.10.2020 baru bermula terkujuh. Hok aloh. Ingat je ganu je. Rupanya Sabah pon ada la. Tu yang ombak bergelora. Nak snorkeling pon tak berani. Sebab ombak agak bergelora. 

Tak ada boleh buat selain borak jela. Tapi dari jauh aku nampak ada je 2-3 orang yang snorkeling. Dalam hati aku agak berani juga dorg ni. Tak apa la. Aku tak berani amik risiko. Selang dalam 10 minit macam tu. Rasa ombak dh kurang bergelora sikit. Sebelum tu,agent aku inform kami yang sea walking tu kena tunggu keadaan betul2 reda. Sebab agak bahaya kalau sea walking kalau laut bergelora macam ni. Sambung tadi, bila aku rasa dah ada confident baru aku try masuk pantai. Masih beralun. So, aku just main tepi pantai dengan berhati-hati la. Nak ke tengah memang tak berani. Aku pon snorkeling sorang2. Huhh.. Masuk je air nampak ikan. Macam ikan bawal.

Tapi air agak keruh. So, xberapa nampak sangat. Aku naik atas balik untuk ajak wife join sekali. Pada masa yang sama orang dalam group aku tadi dorg pulak buat aktiviti parasailing. Rupanya agent aku ni combine package rupanya. Kiranya dorg package lain dan aku package lain. Sementara tunggu untuk sea-walking. Aku ngn wife pon turun balik pantai untuk acah-acah snorkeling.

SEA WALKING TIME.



No comments:

Post a Comment